NOVEMBER 2021

CM Abg Jo Dan Isteri Hadir Memberi Penghormatan Terakhir


KUCHING, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg dan isteri, Datuk Amar Hajah Juma'ani bin Tun Tuanku Haji Bujang hadir ke Christian Ecummenical Workship Centre, Association of  Church Sarawak, Jalan Stampin di sini pagi ini tadi.

Ketua Menteri  dan isteri yang tiba kira-kira pada jam 8.40 pagi  telah hadir bagi  memberi penghormatan terakhir buat Mendiang Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, dan juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak.

Hadir sama untuk memberi penghormatan terakhir adalah Menteri-Menteri Kabinet Negeri dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku